AGP Picks
View all

Industrial Water Action Workshop dengan kerjasama Nike: Permohonan Penyertaan Dibuka

JAKARTA, Indonesia, Oct. 03, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Global Water Intelligence (GWI) dan Corporate Water Leaders (CWL) akan menganjurkan Industrial Water Action Workshop (Bengkel Tindakan Air Industri) dari 16 hingga 18 November 2026 di Jakarta, Indonesia. Melalui kerjasama di antara Nike dan Water Resilience Coalition, bengkel ini akan menghimpunkan jenama industri global, institusi kewangan, pengilang tempatan, syarikat utiliti serta pihak kerajaan bagi mengubah cabaran air industri di Jawa Barat menjadi tindakan pelaburan yang nyata. Program ini meliputi bengkel sehari penuh berorientasikan tindakan serta dua lawatan tapak.

Jawa Barat, Indonesia mempunyai industri bernilai USD190 bilion, namun berdepan cabaran serius bekalan air dan pencemaran yang semakin meruncing akibat lebih 4,000 kilang melepaskan sisa ke sungai-sungainya.

Bengkel yang dipimpin oleh rakan setara ini menghimpunkan pandangan langsung mengenai isu air yang menjejaskan operasi industri, sambil meneroka tindak balas praktikal bagi menangani cabaran tersebut. Platform ini akan menukar peluang terbaik kepada hala tuju yang jelas dengan mengenal pasti tindakan susulan serta menilai sama ada pembiayaan tambahan, sokongan teknikal atau kerjasama strategik mungkin diperlukan.

Industrial Water Action Workshop ini dijangka menjadi yang pertama dalam siri acara berorientasikan tindakan anjuran Corporate Water Leaders. Setiap edisi pula memberi tumpuan kepada lembangan keutamaan yang berbeza.

Penyertaan ditentukan melalui jemputan terpilih dan tempat diperuntukkan kepada organisasi yang memainkan peranan aktif dalam menangani cabaran air di Jawa Barat. Permohonan penyertaan kini dibuka melalui laman rasmi acara: www.industrialwateraction.com/attend

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.industrialwateraction.com

Untuk pertanyaan, hubungi Emma Little: emma.little@globalwaterintel.com

Perihal Global Water Intelligence dan inisiatif Corporate Water Leaders:

Global Water Intelligence ialah syarikat perisikan pasaran dan penganjuran acara terkemuka yang berkhidmat untuk industri air antarabangsa. Sepanjang 25 tahun yang lalu, kami telah membina perniagaan kami sebagai penghubung yang dipercayai antara pelanggan dan pasaran mereka, dengan menyediakan perisikan bernilai tinggi yang membolehkan mereka membuat keputusan strategik yang paling termaklum dan tepat untuk perniagaan masing-masing. Kami meliputi pasaran perbandaran dan semua sektor industri khusus, termasuk bidang teknologi, kewangan dan ekonomi. 

Corporate Water Leaders ialah rangkaian global yang menghimpunkan profesional pengurusan air dan kelestarian daripada syarikat‑syarikat utama untuk bekerjasama dalam merangka penyelesaian inovatif terhadap cabaran bersama.

HUBUNGI: Emma Little
SYARIKAT: Global Water Intelligence
TELEFON: 01865 204208
EMEL: emma.little@globalwaterintel.com
WEB: https://www.industrialwateraction.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Seychelles Business Herald

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.